Kuasa [J/s] = Kerja atau Tenaga [J] / Masa [s]
Kuasa adalah kadar melakukan kerja. Kuasa adalah kadar tenaga digunakan.
Jika kerja tidak dilakukan, maka tiada kuasa. Jika tiada tenaga untuk bekerja, maka tiada kuasa.
Jika tenaga atau kerja tidak berkadar masa, kuasa adalah tidak terbatas. Namun begitu, kerana kuasa adalah berkadar masa, makanya kuasa adalah terbatas.
Jika ada kuasa tapi tiada kerja atau tenaga, maka Fizik telah korup.
Jika ada kuasa tapi tiada kerja atau tenaga, bukan sahaja Fizik telah korup, bahkan dunia juga telah korup.